Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Mentor Mente Tahun 2020
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Perlok hari ini telah melancarkan 2 program peringkat sekolah.
Program pertama ialah Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan diikuti Pelancaran Program Mentor Mentee peringkat sekolah bagi tahun 2020.
Program pertama ialah Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan diikuti Pelancaran Program Mentor Mentee peringkat sekolah bagi tahun 2020.
Program Amalan Guru Penyayang adalah satu program yang diselia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dijalankan pada setiap tahun di semua sekolah di seluruh Malaysia.
Usaha ini adalah bagi mewujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru kepada muridnya.
Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid mencapai hasrat Kementerian.
Program mentor mentee pula merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
No comments
terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...