Breaking News

Majlis Kegemilangan Pendidikan 2019

SK Perlok di bawah anjuran Unit Kurikulum hari ini, dengan kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Perlok, telah menganjurkan Majlis Kegemilangan Pendidikan (HKP) bagi tahun 2019. Pada HKP kali ini, pihak sekolah pihak penganjur telah menjemput Tuan Haji Razali bin Ismail yang merupakan bekas murid sekolah ini. Beliau juga merupakan cucu kepada pengasas SK Perlok atau nama lamanya Sekolah Melayu Perlok iaitu Haji Ali bin Haji Baki. Selain itu juga, Tuan Haji Razali merupakan mantan Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang.
Majlis Kegemilangan Pendidikan atau sebelum ini disebut sebagai Hari Anugerah Kecemerlangan telah dijalankan bermula pukul 2.30 petang dan telah dihadiri oleh para jemputan-jemputan khas seperti Ketua Kampung Perlok / Guntong, Encik Abu Badri bin Kamarudin, Tok Batin Kampung Asli Menderang 2, Encik Amir, wakil dari Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridzuaniah Ustazah Azimah, wakil dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Slim River.


Kehadiran tetamu yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Perlok, telah hadir seawal pukul 2.00 petang. Ketibaan Perasmi Majlis, Tuan Haji Razali bin Ismail, telah diiringi oleh dua orang dayang untuk ke dewan berlangsungnya majlis. Majlis yang bermula tepat pada pukul 2.00 petang dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku, seterusnya diikuti penyampaian bacaan al-Quran dan terjemahannya oleh 2 orang murid SK Perlok.
Seterusnya al-Fadhil Ustaz Sabri bin Ibrahim telah berkesudian mengetuai bacaan doa. Guru besar SK Perlok seterusnya telah menyampaikan ucapan alu-aluan, serta pembentangan berkaitan prestasi sekolah dalam tiga bidang utama iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Turut disampaikan pencapaian UPSR 2018 dan beberapa agenda terkini dalam sistem pendidikan semasa. Seusai ucapan guru besar, Yang Dipertua PIBG SK Perlok Encik Ahmad Rafaei bin Ahmad Suhaimi turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapan YDP PIBG SK Perlok, beliau turut menerangkan berkaitan kepentingan belajar dan masa depan murid-murid. Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang menerima hadiah dan penghargaan.

Dalam ucapan Tuan Haji Razali, banyak perkongsian yang disampaikan termasuk sejarah sekolah dan pengalaman beliau semasa bergelar murid di Sekolah Kebangsaan Perlok. Beliau juga turut menceritakan sedikit informasi berkaitan sejarah Kampung Perlok itu sendiri. Dalam ucapan beliau, telah menyentuh kepada 3 fasa perkembangan dan pembangunan SK Perlok, sejak digelar Sekolah Melayu Perlok di Kampung Perlok Lama, seterusnya berubah tempat ke Kampung Seratus Ekar atau sekarang disebut sebagai Kampung Perlok Baru. Lokasi ketiga iaitu lokasi sekarang, Sekolah Melayu Perlok telah berubah nama menjadi Sekolah Kebangsaan Perlok.Perkongsian pengalaman dan kegigihan beliau untuk belajar sehingga ke Menara gading turut memukau para audien yang mendengarnya.




























No comments

terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...