Rakyat Perak Gembira Sultan Nazrin Dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Oleh Rosman Shamsudin dan Farah Suhaidah Othman
cnews@nstp.com.my
IPOH: Rakyat Perak berkongsi kegembiraan apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terus diberi amanah memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini.
Sultan Nazrin sememangnya dikagumi rakyat dalam dan luar negara kerana ketokohan baginda yang begitu terserlah.
Kakitangan kerajaan, Mohammad Syafiq Akhir, 27, berkata dia berbangga atas pemilihan itu dan menyifatkan baginda seorang Sultan memiliki peribadi dan berilmu tinggi.
“Saya pernah melihat sendiri cara baginda berkomunikasi dengan rakyat, penuh dengan santun dan sifat merendah diri.
“Malah dalam setiap titah, baginda sentiasa bertegas dalam mengingatkan rakyat supaya terus bersatu-padu untuk memastikan keharmonian negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Penduduk di Kampung Kuala Slim, Slim River, Mohd Laili Harun, 30, mengakui pastinya perasaan gembira itu dikongsi rakyat jelata di Perak yang sememangnya amat kagum dengan ketokohan dan kepemimpinan baginda yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat jelata.
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Aminudin Baki, Slim River, Intan Efazila Md Yusop, 40, pula berkata sebagai rakyat Perak, dia bersyukur dan bangga dengan perkhabaran gembira itu.
Katanya, kepemimpinan baginda selama ini bukan hanya disenangi rakyat negeri ini malah seluruh negara dan percaya pelantikan akan dapat memakmurkan negeri dan negara tercinta.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini memilih Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.
Mesyuarat itu turut memilih Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. - BH Online

No comments
terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...