Breaking News

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Penyampaian Watikah Perlantikan Tunas Kepimpinan Sekolah

Bersempena perhimpunan rasmi mingguan kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2020 ini, Unit Hal Ehwal Murid SK Perlok telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Tunas Kepimpinan Sekolah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah ASP Muhammad Syafiq bin Shaharizan.

ASP Muhammad Syafiq turut mengingatkan murid-murid, agar menjauhi gejala-gejala seperti rempit, basikal lajak, gejala sosial, vape, penyalah gunaan dadah, dan gejala scammer.

Turut hadir ialah pegawai perhubungan sekolah SK Perlok Kopral Hamidah binti Ahmad.



























































No comments

terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...