Breaking News

Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Mentor Mente Tahun 2020

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Perlok hari ini telah melancarkan 2 program peringkat sekolah.

Program pertama ialah Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan diikuti Pelancaran Program Mentor Mentee peringkat sekolah bagi tahun 2020.

Program Amalan Guru Penyayang adalah satu program yang diselia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dijalankan pada setiap tahun di semua sekolah di seluruh Malaysia.

Usaha ini adalah bagi mewujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru kepada muridnya.

Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid mencapai hasrat Kementerian.

Program  mentor  mentee pula merupakan  satu  proses interaksi  antara  guru  dan  murid  melibatkan  tindakan  seperti  membimbing, menyokong  dan  memberi nasihat.

Mentor  bukan  sahaja  menitikberatkan  individu (mentee) dan  perhubungan  psikologi  menteenya,  tetapi  juga  membimbing,  memberi penghargaan,  kasih  sayang  dan  mengasah  kemahiran-kemahiran  lain  seperti membuat  keputusan,  menghadapi  masalah  atau  mengatasi  tekanan  dan  berusaha membimbing  menteenya menjadi  individu  yang  berguna  kepada  masyarakat  dan negara.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Shuhaili bin Salleh, guru besar SK Perlok.

No comments

terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...