Breaking News

MAPS Tawar Pakej Istimewa Untuk Murid Sekolah Rendah


IPOH: Majlis Guru Besar Negeri Perak (MGBP) telah bekerjasama dengan pengendali taman tema animasi, Movie Animation Park Studios (MAPS) menerusi program kerjasama Eksplorasi MAPS di sini hari ini.

Perjanjian tersebut akan terjalin bagi tempoh satu tahun bermula hari ini sehingga 15 Januari 2020 yang merangkumi pengajuran lawatan pra-sekolah dan sekolah rendah ke taman tema tersebut.



Menurut Yang Dipertua MGBP Perak Rustam Affandy Abdul Aziz, kemudahan disediakan MAPS seperti pengajian kreatif di BoBoiBoy Hero Academy, kulinari serta seni teater amat bersesuai dengan minat dan kecenderungan murid di sekolah rendah.

“Kunjungan pihak MGBP hari ini ke Maps adalah satu pendedahan mengenai kemudahan dan pakej yang disediakan pihak taman tema ini kepada guru, murid dan ibu bapa.

“Pakej dan program ditawarkan Maps juga untuk sememangnya sesuai dan kami selaku rakan kongsi yang pertama pastinya sangat menyokong penuh kerjasama ini,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatnagani memorandum persefahaman (MoU) antara MAPS dan MGBP.

Tambahnya lagi penerapan konsep pelajaran daripada bunyi dan warna oleh pihak MAPS pasti mampu menarik minat murid kelak.

“Anak-anak kini cara permikiran perlu kita bezakan mereka perlu berfikir ke hadapan dan sukakan kepelbagaian malah ianya amat bersesuaian dengan konsep diterapkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik iaitu ‘fun learning’.

“Maps satu taman tema yang sesuai bagi membantu mengembangkan potensi pelajar dan maklumat ini patut diperluaskan kepada 853 buah sekolah rendah di seluruh Perak,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor, pihak MAPS bakal menawarkan pakej istimewa serendah RM50 kepada setiap murid termasuk makan tengah hari.

“Kita anggarkan harga makan yang diperuntukan adalah sebanyak RM15, malahan diberi penambahan diskaun sebanyak 10 peratus kepada murid pra-sekolah dan murid dari pendidikan khas.

“Pada masa yang sama, MoU ini dapat menguntungkan MAPS disamping penawaran harga yang lebih menarik kepada murid-murid khususnya,” katanya.

Tambah Mohamed Shafeii, persefahaman yang diwujudkan merupakan sebahagian daripada strategi pihak MAPS untuk memberi daya saing dari segi pengendali taman tema di negeri Perak.

“Kebiasaanya pengunjung hadir pada setiap hujung minggu akan berlaku pengurangan pengunjung pada waktu sekolah, jadi dengan termeterainya MoU ini jangkaan awal adalah dapat meramaikan lagi pengunjung untuk datang ke MAPS semasa waktu sekolah.

Malahan katanya, perjanjian bersama pihak majlis ini merupakan usaha fasa pertama dan akan diperluaskan ke negeri lain kelak. - Perak Today

No comments

terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...