Breaking News

Program "Back To School"


Penutup tahun 2019 ini, pihak sekolah telah mengadakan program "Back To School". Program "Back To School" ini merupakan majlis penyampaian sumbangan kepada murid-murid sekolah ini bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2020.

Sumbangan yang ditaja YB Tuan Chang Lih Kang, ahli Parlimen Tanjong Malim ini telah disertai oleh para Pengerusi MPKK Kampung Perlok dan Guntong, Encik Abu Badri bin Kamaruddin, guru-guru, ibu bapa dan perjaga serta murid-murid tahun 5 dan tahun 6 2020. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Huzaifah bin Hisamudin, mewakili pihak ahli Parlimen Tanjong Malim.

Pada kali ini seramai 45 orang murid tahun 5 dan tahun 6 2020 dari sekolah ini telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.

Guru Besar SK Perlok, telah mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen Tanjong Malim yang berkesudian memberikan sumbangan "Back To School" dan sumbangan-sumbangan sebelumnya kepada pihak sekolah pada tahun ini.

Encik Huzaifah meminta para ibu bapa dan penjaga murid agar dapat menggunakan sumbangan yang diberi sebagai persediaan pembukaan sekolah yang akan bermula pada 2 Januari 2020.

Sebelum itu, Encik Huzaifah bersempatan melihat gelanggang serbaguna yang telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember. Gelanggang serbaguna itu dibina atas sumbangan Ahli Parlimen Tanjong Malim, YB Tuan Chang Lih Kang.

Beliau juga sempat melihat keadaan padang yang rosak kesan kenderaan yang masuk untuk tujuan pembinaan gelanggang tersebut.

Majlis berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Foto-foto lain yang sempat dirakam





No comments

terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...