Breaking News

Majlis Persaraan Cikgu Fatimah Sham


4 Mei - Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Perlok telah mengadakan Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung bersempena persaraan wajib Cikgu Fatimah Sham binti Abdul Mukty.

Majlis persaraan yang bermula jam 10.30 pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian oleh bekas murid SK Perlok yang bersuara mirip penyanyian Mat Jais iaitu Muhammad Yassin.

Cikgu Shuhaili, guru besar SK Perlok dalam ucapannya menyatakan bahawa persaraan Cikgu Fatimah Sham merupakan satu kehilangan besar kepada warga pendidikan, khususnya SK Perlok kerana Cikgu Fatimah Sham seorang guru yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap tugas dan perkhidmatannya.

Penyampaian watikah persaraan kepada Cikgu Fatimah Sham telah disempurnakan oleh Ustaz Halid bin Osman, Penyelia Pendidikan Islam dan Moral PPD Muallim, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang.

Turut hadir dalam majlis tersebut bekas pentadbir, guru-guru dan kakitangan SK Perlok yang pernah berkhidmat di sekolah ini, sepanjang Cikgu Fatimah Sham bertugas di sini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan murid-murid SK Perlok.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

1 comment:

  1. Cikgu Fatimah seorang insan berhati mulia menjadi guarantor saya belajar 4tahun di Jepun sehingga tahun 2002. Saya membalas kepercayaan beliau dengan menghabiskan pelajaran mengikut perjanjian dengan MARA. Terima kasih cikgu. Allah SWT sahaja dapat membalas jasa cikgu.

    ReplyDelete

terima kasih atas maklum balas yang anda berikan...