Breaking News

SEJARAH SEKOLAH

PENGASAS SEKOLAH

Pada tahun 1946, penduduk-penduduk Kampung Perlok Lama, Sungkai yang diterajui oleh ketua kampung, Haji Ali bin Haji Baki dengan amalan bergotong-royong telah membina sebuah bangunan pondok kecil yang diperbuat daripada kayu-kayan hutan, daun nipah dan buluh.

Haji Ali adalah seorang tokoh tempatan yang disegani, berpandangan jauh dan mempunyai wawasannya yang tersendiri. Pada tahun 1946, beliau sendiri telah memulakan persekolahan secara tidak formal fan beliau adalah guru pertama Sekolah Melayu Perlok.

Atas desakan beliau pada 2 Mei 1948, pihak Pejabat Pelajaran Negeri Perak telah menghantar seorang guru, Yahaya bin Abdul Hamid sebagai guru besar yang pertama Sekolah Melayu Perlok. Cikgu Yahaya memiliki Sijil Perguruan. Keramaian murid pada ketika itu ialah 57 orang.

Dengan kebijaksanaan Haji Ali, mesyuarat agung sekolah dan ibu bapa Sekolah Melayu Perlok yang pertama telah diadakan pada 24 Mei 1948. Haji Ali sendiri telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dengan penuh kesedaran dan dengan ketokohannya yang semulajadi itu, Haji Ali telah berjaya membawa banyak kemajuan kepada perjalanan sekolah dari masa ke semasa. Nyata sekali bahawa beliau sebagai ketua kampung sentiasa menitikberatkan hal persekolahan bagi anak-anak buahnya.

Semasa berlakunya peristiwa-peristiwa buruk di kampungnya seperti banguan sekolah runtuh dipukul ribut pada 10 September 1950 dan pemindahan sekolah dari satu tempat ke tempat lain disebabkan darurat pada 2 Februari 1952, Haji Ali telah berperanan sebagai teraju utama dalam menghadapinya demi cintakan pelajaran dan generasi akan datang.

Pada 28 Januari 1964 pengasas sekolah ini, Haji Ali bin Haji Baki telah kembali ke rahmatullah.

Jasa-jasanya tetap dikenang buat selama-lamanya.



RENTETAN SEJARAH

2 Mei 1948
Tapak bangunan asas SK Perlok di bina di tengah-tengah Kampung Perlok Lama, berhampiran sungai Sungkai. Pejabat Pelajaran Negeri Perak menghantar seorang Guru Besar bertauliah iaitu Cikgu Yahya bin Abdul Hamid berkhidmat di situ dengan muridnya seramai 57 orang.

10 September 1950

Bangunan sekolah roboh akibat angin ribut. Sekolah Melayu Perlok dipindahkan di bawah rumah seorang penduduk kampung Guntong yang bernama Abdul Rahman bin Hj. Abdul Wahid. Bangunan sementara dibina di kawasan lapang, tanah rizab di Kampung Perlok Lama.

28 Disember 1950
Kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM700.00 bagi mendirikan semula bangunan sekolah di tapak tanah rizab tersebut.

2 Februari 1952
Sekolah Melayu Perlok dipindahkan ke Kampung Perlok Baru (tapak sekarang). Sekolah ini dilengkapi dengan sebuah rumah guru dengan kos sebanyak RM1,500.00. Jumlah murid mencecah 91 orang.

1966
Tapak bangunan yang menjadi hak milik kekal dibeli daripada seorang pekebun Cina.

1967
Bangunan baru dibina di tapak tersebut dan didaftarkan di bawah JKR No.116, Sungkai. Bangunan tersebut siap dan dikenali sebagai Sek. Keb. Perlok, Sungkai.

1 Jun 1967
Bangunan baru Sek. Keb. Perlok, Sungkai mula digunakan dengan jumlah murid seramai 191 orang dan 8 orang guru. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari.

3 Jan 1984
Kerajaan meluluskan pembinaan dua bangunan projek kilat tanpa tandas. Ia menggantikan projek bangunan tiga tingkat yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.Tandas lengkap untuk guru dan murid dibina pada tahun 2003.

Era 2000
SK Perlok telah menerima projek bangunan Makmal Komputer pada tahun 2004.

Awal Tahun 2005
Semua bangunan lama sekolah telah dicat semula dengan bantuan pekerja sekolah. Pertengahan tahun 2005 sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM30,000.00. Dengan peruntukan ini sekolah membina pagar hadapan sekolah dan garaj serta pondok pengawal keselamatan.

8 Mac 2006
sekolah menerima peruntukan sebanyak RM45,000.00 untuk mengecat semula bangunan sekolah.

22 September 2006
peruntukan untuk membina pagar keliling kawasan diterima sebanyak RM17,000.00.

11 November 2006
Sekolah menerima peruntukan segera atas usahaPIBG dan kelulusan YB ADUN Behrang, sebanyak RM10,000.00 untuk membina longkang bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Januari 2007
kelulusan untuk mendirikan pondok bacaan sebanyak RM4,000.00 diterima, Sekolah juga telah dipilih untuk melaksanakan projek Pusat Akses ICT.

Awal tahun 2018
SK Perlok telah mendapat kelulusan baik pulih tandas guru dengan kos sebanyak rm15000. Mac 2018 baik pulih tandas guru siap sepenuhnya.


SENARAI GURU BESAR 
(bermula tahun 1948)

1. Tn. Hj. Yahya bin Hamid : 25.5.1948 - 31.12.1967
2. En. Kamarul Zaman bin Hj. Hassan : 1.1.1968 - 9.1.1973
3. En. Kamaruddin bin Mat : 10.1.1973 - 31.12.1979
4. Tn Hj. Ahmad bin Tasir : 1.1.1980 - 8.8.1980
5. En. Mohammad bin Lebai Ishak : 9.8.1980 - 17.5.1983
6. Tn. Hj. Saiful Yazan bin Salahuddin : 1.7.1983 - 27.4.1987
7. En. Abdul Ghafar bin Musa : 16.11.1987 - 31.5.1988
8. Tn. Hj. Ahmad Rathi bin Abd Hamid : 1.6.1988 - 23.3.1995
9. En. Abdul Manap bin Osman : 16.8.1995 - 29.9.1999
10. En. Mohd Ghazali bin Mansor : 30.9.1999 - 30.3.2003
11. En. Alias bin Hamid : 17.10.2003 - 7.7.2004
12. En. Mohd Mazli bin Mohd Arif : 21.7.2004 - 15.9.2009
13. Pn. Noor Iemah binti Ismail : 16.9.2009 – 15.2.2011
14. Pn. Salmi binti Ali : 16.2.2011 - 31.07.2012
15. Tn. Hj Ali Othman bin Dayon : 01.08.2012 – 15.11.2013
16. Hjh. Rohani binti Abu Bakar : 16.11.2013 - 1.04.2015
17. Pn. Habsah binti Bujang : 1.04.2015 - 15.02.2018
18. En. Shuhaili bin Salleh : 16.02.2018 - kini


SEARAI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

1. Pn. Hjh. Tasmah binti Mustam : 10.07.2002 - 15.12.2003
2. Pn. Ruhizah binti Razali : 16.12.2003 - 03.03.2008
3. Pn. Fatimah Sham binti Abd. Mukty : 01.07.2008 - 04.05.2018
4. En. Noorazhari bin Md Sharafi : 05.05.2018 -
5. Pn. Azizah binti Jaafar : 01.03.2019
6. Pn. Salma Binti Mat Nor :


SENARAI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

1. En. Mohd Noraini bin Khalid : 09.07.2002 -17.03.2003
2. Pn. Ruhizah binti Razali : 01.10.2003 -15.12.2003
3. En. Abdul Jalil bin Mohd Zain : 31.12.2003 - 16.12.004
4. En. Othman bin Md Ali : 21.12.2004 -03.03.2008
5. En. Ismail bin Hussin : 03.3.2008 - 17.11.2010
6. En. Abd Razak bin Lebai Ahmad : 18.11.2010 - 16.02.2017
7. Pn. Rosmawati binti Mohd Razali : 16.02.2017 - 02.07.2018
8. Pn. Zuraida binti Kamaruddin : 03.07.2018


SENARAI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 

1. Pn. Hasmah binti Zainal Abidin : 08.11.2002 - 06.06.2003
2. En. Ismail bin Hussin : 01.7.2003 - 03.03.2008
3. Pn. Hjh. Malihah binti Hj Shafee : 03.03.2008 - 15.01.2015
4. En. Amarjit Singh A/L Dushan Singh : 16.01.2015
5. Pn. Aslina binti Bah Pelakat :